Rabu, 7 September 2011

SYAHID - PAS AKAN BERSAMA MERCY KE MOGADISU?

Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) akan menghantar pasukan kedua misi bantuan kemanusiaan ke Mogadishu di Somalia sebelum akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, berkata pada awalnya pasukan itu dijadual berlepas ke Mogadishu pada Sabtu ini tetapi Mercy Malaysia memutuskan untuk menangguhkannya berikutan kematian jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor di negara dilanda kebuluran itu minggu lalu.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, Mercy Malaysia bercadang menghantar pasukan keduanya itu bersama pasukan Yayasan Aman Perdana Global dan pertubuhan antarabangsa lain termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Muslim Aid.
"Kami memutuskan untuk menyemak semula tarikhnya tetapi kami akan hantar pasukan kedua sebelum akhir tahun," katanya.

Mercy Malaysia menghantar pasukan penilai dianggotai tiga lelaki ke negara itu pada 25 Ogos dan dijangka pulang ke tanah air Sabtu ini.

Kepada soalan sama ada Mercy Malaysia akan membawa wakil media dalam misi keduanya itu, Dr Ahmad Faizal berkata, mereka masih belum membincangkan perkara itu.

"Kami tidak akan membawa bilangan sukarelawan yang besar, hanya bilangan yang optimum dan boleh jalankan tugas dan bergerak sekira berlakunya kecemasan, selalunya lebih kurang lima ke tujuh orang, mengikut keperluan.
"Bagaimanapun kita hanya akan bawa sukarelawan yang berpengalaman dan ada pendedahan di kawasan konflik, namun bagi yang tak berpengalaman kita akan bagi latihan secukupnya," katanya.

Naib Presiden Mercy Malaysia, Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh, berkata misi kedua itu memerlukan RM600,000 untuk melaksanakan tiga projek iaitu pengagihan makanan kepada 1,000 keluarga yang kehilangan tempat tinggal, program makanan terapeutik untuk kanak-kanak dan klinik bergerak.

Katanya, Mercy Malaysia juga perlukan kira-kira RM2 juta untuk melaksanakan projek jangka panjang termasuk menubuhkan pusat pemulihan dan kesihatan ibu dan anak, mewujudkan lebih banyak program makanan terapeutik dengan rakan kongsi tempatan serta program menggalakkan kebersihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan