Khamis, 8 Mac 2012

ANWAR DAN YAHUDI SEPERTI ISI DENGAN KUKU?


KUALA LUMPUR 7 Mac – Dua pucuk surat yang didakwa ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com hari ini mendedahkan permohonan Anwar kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman bagi tujuan tersebut.
Menurut AIDC, surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 itu menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar dan ditujukan kepada Gershman di Washington D.C.
“AIA adalah singkatan kepada Anwar Ibrahim & Associates, sebuah syarikat milik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berpangkalan di Virginia, AS.
‘‘Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia,” demikian menurut blog tersebut.
Dakwa blog itu lagi, dalam surat bertarikh 18 Jun 2007, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Gershman kerana menjemputnya berucap di The Westminster Address di Library of Congress sempena sambutan 25 tahun pentadbiran bekas Presiden AS, Ronald Reagan.
Anwar dalam surat sama turut memohon kepada Gershman agar memberi bantuan termasuk menghantar pemerhati antarabangsa ke Malaysia semasa pilihan raya umum di negara ini.
Dedah AIDC lagi, surat kedua kepada Gershman bertarikh 29 Julai 2007 pula adalah sebagai susulan kepada surat pertama berkaitan permohonannya meminta NED memainkan peranan membetulkan SPR yang didakwa Anwar tidak lagi berkecuali.
Dakwa AIDC, Gershman seperti yang didedahkan penulis Thierry Meyssan dalam artikel bertajuk NED: National Endowment for Democracy - The networks of democratic interference, adalah seorang berbangsa Yahudi dan ahli neokonservatif di AS.
Blog tersebut dalam pada itu turut mendedahkan sepucuk lagi surat yang dihantar Anwar kepada penyangak mata wang Yahudi, George Soros pada 2006 bagi mengadakan kerjasama dengan organisasi milik Soros iaitu Pengurusan Dana Soros yang berpangkalan di New York.
Blog itu mendakwa, Anwar menulis surat kepada Soros atas kapasitinya sebagai Presiden Kehormat AccountAbility bagi meminta Soros bertemu dengan Ketua Eksekutif AccountAbility, Simon Zadek untuk menjalinkan kerjasama.
Dakwa AIDC, AccountAbility merupakan sebuah organisasi berpangkalan di London yang sering disebut-sebut sebagai organisasi pro-Israel yang dinaungi oleh bekas Naib Presiden AS, Al Gore dan mempunyai laman web beralamat www.accountability.org.
Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kewujudan surat-surat yang ditulis oleh Anwar kepada tokoh-tokoh Yahudi berkenaan.
“Saya sudah melihat surat-surat tersebut dan ia memang ditulis oleh Anwar pada 2006 dan 2007 kepada kedua-dua individu tersebut ketika itu,” katanya.

SUP - KALAU BERANI ATAU TAK BETUL DAKWAAN INI, ANWAR DAH TENTU SAMAN PENULIS PUNYA.... BETUL LAH TU.... NAK SOKONG BUAT APA PAKATAN YAHUDI INI...HAHAHAHAHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan