Jumaat, 2 Mac 2012

PANAS - BLOGGER BN BERCAKARAN SESAMA SENDIRI - PAKATAN HARAM MENANGGUK DI AIR KERUH


| Friday, March 2, 2012

GWM mengucapkan selamat maju jaya kepada Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman yang kini mahu menumpukan perhatian dalam bidang korporat setelah mengumumkan persaraannya.

Jasa dan bakti yang dicurahkan beliau tiada galang ganti terhadap negara.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Jamil Osman yang telah melakukan pencerahan berkaitan isu beliau difitnah oleh beberapa blogger UMB kononnya beliau dipaksa bersara awal akibat menjadi 'kambing hitam' kepada rakan dan sahabat blogger paling rapat GWM ... PAPA GOMO.

Berita Harian, 2 Mac 2012, muka 16 sebagai bukti paling sahih Datuk Jamil Osman dan PAPA GOMO dijadikan instrumen baru menghalalkan fitnah oleh blogger-blogger yang bernaung dibawah payung UMNO.




Lagak seorang blogger handalan yang diiktiraf sebagai nombor 1 dalam UMNO dan Barisan Nasional. Tampak begitu angkuh dan sombong.

UMNO kini perlu berhadapan dengan risiko paling besar dalam sejarah media maya kerana terpaksa menggalas biawak-biawak hidup yang bergelimpangan menjanakan hasrat 'Tuan Besar' yang menggaji puak-puak ini dibelakang tadbir.

Jangan dinafikan, imej dan kredibiliti UMNO semakin tercalar akibat perbuatan tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan dosa dan noda permainan pejuang-pejuang yang kononnya memartabatkan maruah parti.

Jauh sekali bukti dan fakta yang mampu ditonjolkan, melainkan menghisap lendir-lendir fitnah sebagai pengisian artikel berbentuk dakyah dan tohmahan.

Persoalannya, apa yang perlu dilakukan oleh UMNO bagi membuat 'damage control' oleh blogger-blogger ini? 

Suka atau tidak, golongan ini membawa nama baik UMNO kerana sememangnya mereka ini secara langsung bernaung di bawah parti keramat orang Melayu.



















Tanpa sebarang bukti, fakta mahupun pengakuan dari Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman, blogger-blogger UMB secara jelas memfitnah PAPA GOMO sebagai dalang kepada persaraan awal beliau dari meneruskan khidmat dalam TLDM.

Barangkali kerana terlalu mengikut telunjuk 'Tuan Besar', hilang pertimbangan akal untuk mencari kebenaran. Bukan main seronok blogger-blogger ini bertindak mengikut arahan yang wajib dijalankan.

Amat kurang cerdik dan berhemah artikel yang dilakukan.

GWM cukup kurang memahami apabila dikatakan 'Ruang Sulit' KD Tun Razak yang didedahkan dalam blog PAPA GOMO mampu merosakkan soal keselamatan negara.

Jika diikutkan, rancangan Discovery dan National Geographic pernah menayangkan 'Ruang Sulit' armada terbesar Amerika Syarikat, Nimitz Class Aircraft Carrier.

Secara logiknya, video Youtube ini sepatutnya diharamkan oleh pihak ketenteraan Amerika Syarikat kerana secara jelas menunjukkan 'Ruang Sulit' kekuatan armada berkuasa nuklear. 

Lihat sahaja pada minit 1.18 hingga ke minit 1.23 ... pihak musuh tentu amat teruja mengetahui alatan dan perkakas yang digunakan di 'main deck'.





Apa yang menyebabkan blogger-blogger UMB secara berterusan menyerang dan memburukkan maruah blogger PAPA GOMO sehingga mahu mendedahkan identiti beliau di khalayak ramai?

Barangkali blogger-blogger yang bernaung dibawah UMB ini mampu memberi penjelasan kepada umum bagaimana suatu artikel yang berbentuk fitnah terhadap Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman dan blogger PAPA GOMO boleh diterbitkan.

Seharusnya Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Yang Berbahagia saudara Khairy Jamaluddin perlu memantau hasil kerja blogger-blogger yang bernaung dibawah UMB.

Perlu diingat, apa sahaja yang dikeluarkan dari blog-blog ini secara langsung membawa nama, imej dan kredibiliti UMNO, dan amnya Barisan Nasional.

Kita tidak tahu apa sebenarnya perasaan Bekas Panglima Armada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Datuk Jamil Osman apabila nama, imej dan kredibiliti beliau dicalit dengan najis semata-mata mahu memfitnah blogger yang bernama PAPA GOMO.

Dan persoalan yang paling menarik untuk diketahui, siapa yang mengarahkan berita berunsur fitnah ini dikeluarkan dalam segelintir blog-blog yang membawa nama UMNO secara khusus?

Kita tidak mahu seolah-olah fitnah sudah menjadi darah daging dan sebati kepada blogger-blogger yang bernaung di bawah payung UMB.

Habis terpalit blogger-blogger lain dibawah UMB akibat perbuatan kurang cermat puak-puak ini.

Malu UMNO dibuatnya, malu Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan