Khamis, 16 Ogos 2012

KEJUTAN MB PAHANG - AGIHAN KERUSI DAN SENARAI NAMA DIUMUM!!!



PEKAN 15 Ogos - Nisbah agihan kerusi untuk parti komponen Barisan Nasional (BN) Pahang setakat ini kekal seperti Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sehubungan itu sebarang spekulasi mengenai pertukaran kawasan membabitkan komponen BN adalah tidak benar.
"Namun semuanya terserah kepada pucuk pimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukannya," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Kampus Kolej Automotif Antarabangsa (Icam) milik DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom) di Kompleks Automotif DRB-Hicom di sini semalam.
Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil dan Ketua Pegawai Operasi Kewangan, Strategi dan Perancangan DRB-Hicom, Datuk Seri Che Khalid Mohamad Noh.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi terdapat perubahan agihan kerusi untuk parti komponen BN Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Dalam Pilihan Raya Umum 2008, nisbah agihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang membabitkan UMNO 31 kerusi, MCA (lapan) dan MIC dua kerusi.
Bagi kawasan Parlimen pula, 10 kerusi diberikan kepada UMNO, MCA (tiga) manakala MIC satu kerusi.
Mengulas lanjut, Adnan yang juga Menteri Besar berkata, pelbagai aspek perlu diambil kira dalam proses pengagihan jumlah kerusi DUN dan Parlimen di negeri itu.
Sementara itu, katanya, BN negeri telah menyerahkan senarai nama kepada pucuk pimpinan parti di peringkat pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

1 ulasan:

  1. Sekadar pandangan...
    Penulis ada mengulas di dalam blog `nasirwise.blogspot.com' yang bertopik `Winnable or Cable- Najib pilih siapa? beberapa cadangan untuk BN/UMNO memilih calon PRU 13. Antaranya ialah sperti berikut:-

    `Penulis pernah mengutarakan apakah strategi PM mengenai Ahli Parlimen Bebas seperti Zulkilfi Noordin (Kulim), Ibrahim Ali (Pasir Mas), Wee Chee Keong (Wangsa), Zaharin Hashim (Bayan Baru), Hassan Ali (Gombak)dan MUNGKIN Ustaz Nasharuddin Mat Isa (bukan di Kelantan) dan ramai lagi, andaikata mereka mahu bertanding. BN harus berkerjasama dengan mereka. BN + BN friends/club.

    Penulis berangan-angan PM akan melantik seorang wanita menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri yang pertama di Malaysia. Penulis cadang YB Senator Datuk Maznah Mazlan untuk Pahang. Dahulu penulis ingin melihat Dato Halimah Siddiq atau Dato Sri Azlina Othman Said untuk merajui negeri Johor dan Datuk Hamidah di Perak. PM harus memberikan penghormatan kepada kaum wanita yang merupakan lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia dan pengundi. Ketua Pergerakan Wanita seorang yang rajin dan `down to earth’ tetapi bermasalah. Timbalannya, Kamalia terlalu serious perwatakannya dan dipandang tidak `mesra ahli’.
    ikhlas dari
    nasirwise.blogspot.com

    BalasPadam