Jumaat, 27 Januari 2012

PRU 13 - LANGKAH AWAL BERSIH PETUALANG DALAM PARTI


AHLI KHIANAT PARTI BAKAL DI HUKUM


KUALA LUMPUR 28 Jan. – UMNO akan menimbang kemungkinan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan bagi memantau dan mengambil tindakan lebih awal terhadap mana-mana ahli yang didapati melakukan perbuatan khianat atau curang terhadap parti.
Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini merupakan kali pertama UMNO melaksanakan langkah tersebut kerana sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya digerakkan selepas pilihan raya berakhir.
"Ada cadangan jawatankuasa ini digerakkan lebih awal agar ia boleh memerhati dan mengambil tindakan awal jika ada jentera parti yang melanggar peraturan dan etika.
"Dalam setiap pilihan raya memang ada masalah terutama dalam parti besar... ini bukan perkara baru.
“Mesti ada kelakuan yang bertentangan. Mungkin ada yang tak dapat jadi calon tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti.
"Jadi eloklah kita ambil tindakan awal pastikan disiplin parti terpelihara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

1 ulasan:

  1. Tak cayalah.Kalau cenggitu,cubalah buang semua yang sokong sayangku.

    BalasPadam