Rabu, 1 Ogos 2012

ROSMAH VS FARID - GAMBAR , SIJIL NIKAH DAN SURAT BERANAK ANAK JADI BUKTI?



Rupanya juak-juak pembangkang masih lagi belum berpuas hati dan terus menerus melakukan fitnah terhadap Farid Ismeth Emir.

Tohmahan dan fitnah terbaru ini kononnya mereka mempunyai bukti sijil perkahwinan Farid Ismeth Emir pernah berkahwin dengan DS Rosmah Mansor.

Tidak cukup di situ, fitnah ini turut dikaitkan dengan sijil kelahiran Azrene Soraya Abdul Aziz merupakan bukti kukuh Farid Ismeth Emir pernah berkahwin dengan DS Rosmah Mansor.

Tidak pula ditunjukkan mahupun didedahkan sijil perkahwinan dengan DS Rosmah Mansor mahupun sijil kelahiran Azrene Soraya Abdul Aziz ini kepada umum.

Bunuh diri ... bunuh diri jika menunjukkan sijil kelahiran Azrene Soraya kerana wanita ini bukan dibintikan kepada Farid Ismeth Emir, namun dibintikan kepada Abdul Aziz.

Langkah dan provokasi berterusan dilakukan dengan mengugut Farid Ismeth Emir melalui sms.


Tiada ulasan:

Catat Komen