Khamis, 3 Mei 2012

BADRULAMIN DIBOGELKAN KETIKA BERKUTBAH


Pada Jumaat lepas, saya bersolat Jumaat di masjid Taman Ehsan. Sebaik saja melangkah masuk ke masjid, saya agak terkejut apabila melihatkan Ustaz ,yang terkenal sebagai  orang kuat PKR yang didakwa berkhalwat baru-baru ini sedang rancak berkhutbah.
Saya jadi pelik, bagaimana ustaz sanggup berdiri di atas mimbar, sedangkan kes khalwatnya itu masih lagi berjalan dan belum selesai. Bagi saya, ini bukan isu undang-undang, tetapi ini adalah isu kredibiliti dan maruah seorang Muslim.
Saya tertanya-tanya, bagaimana cara ustaz berfikir. Bagaimana agama Islam ini, memandu ustaz untuk berfikir di luar kotak pemikiran dan falsafah politik. Saya terfikir sendirian, apakah ustaz  tidak malu kepada umat Islam, ketika ustaz berkhutbah di atas mimbar, maka berkemungkinan yang terbayang di kepala ahli jemaah, adalah kes khalwatnya yang ternyata nampak belum menyebelahinya.
Saya masih terngiang-ngiang pengakuan ustaz dipukul dan teraniaya di dalam kes tersebut. Namun apa yang jelas, ketika muncul di kaca tv, wajahnya tidak berubah. Tidak ada bengkak atau kecederaan yang terzahir di wajah Ustaz. Malah, tidak ada tersiar di dada akhbar atau media alam maya, mendedahkan tubuhnya yang bengkak-bengkak akibat dipukul oleh 20 orang lelaki, seperti yang didakwanya itu.
Timbul persoalan, apakah Ustaz kini sudah pandai menipu? Apakah sejak masuk politik, maka berbohong tidak lagi menjadi dosa? Apakah setelah ustaz menyertai politik, maka segala-galanya boleh menjadi halal sekiranya keadaan darurat politik untuk menyelamatkan karier dan undi memerlukannya?
Sekiranya Ustaz menipu, maka apakah peribadinya, dan hatinya serta jiwanya seorang ustaz, yang sanggup menebalkan muka, malah berkhutbah Jumaat dan bercerita tentang agama, sedangkan dia sendiri sedang begelut dengan kes maksiat? Ini mengingatkan saya bagaimana mentor pujaan beliau, Anwar Ibrahim juga pernah melakukan perkara yang sama.
Apakah layak seorang ustaz yang menipu naik di atas mimbar lalu memberi khutbah Jumaat?
Jika dulu, ustaz cukup lantang membantai, mengutuk malah juga menghina orang-orang yang tidak selari pendapat dengan ustaz, apatah lagi dengan orang-orang yang mempunyai masalah moral, maka ustaz akan mencerca dan membuka aib mereka tanpa ada segan silunya. Bahkan, ustaz sendiri pernah mahu memancung kepala seorang ulama, hanya kerana perbezaan pendapat dalam politik.
Tetapi hari ini, ustaz sendiri terpalit dengan isu-isu maksiat dan ternyata isu ini lebih memalukan. Buykan sahaja terhadap diri ustaz, tetapi kepada keseluruhan umat Islam di negara ini. Bagaimana seorang ustaz boleh ditangkap bersama-sama dengan seorang isteri orang, pada jam dua pagi di bilik hotel mewah?
Apakah ustaz mahu menyalahkan UMNO sedangkan ustaz sendiri tahu bahawa kita dilarang untuk berada di dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah? Tidakkah seorang ustaz tahu akan perkara itu? Sudah pasti ustaz tahu, namun ustaz sendiri yang buat-buat tidak tahu kerana mengikut nafsu sepertimana ustaz selalu mengikut nafsu politik ustaz bila berceramah dan berkata-kata.
Kata ustaz,  ini adalah propaganda politik untuk menjatuhkan imej ustaz. Apakah ustaz fikir bahawa  rakyat ini terlalu bodoh, untuk membezakan kebatilan dan kebenaran di dalam negara ini. Semua orang tahu tentang kes ustaz yang mempunyai isteri dua. Semua orang tahu bahawa kelemahan ustaz untuk menjadi seorang suami yang berpaksikan contoh Rasulullah saw apabila tersebarnya cerita keganasan rumahtangga di dalam kendalian ustaz.
Sebagai salah seorang umat Islam yang kerdil dan hina, saya minta agar ustaz bergeraklah di dalam masyarakat seperti seorang pendakwah biasa. Pendakwah yang hanya mengharapkan ganjaran dari Ilahi semata-mata dan bukannya ganjaran dunia.
Keluarlah dari dunia politik kerana ia terlalu kuat dugaannya terhadap ustaz. Sekali ustaz silap, Islam akan tercemar di mata masyarakat. Fitnah akan menular di kalangan akar umbi umat Islam yang lebih banyak yang buta dari yang celik.
Ustaz…kembalilah ke pangkal jalan. Ingatlah ikrar ini bahawa Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah semata-mata…Ingatlah…
Faqir Illalah…
Zein Iqram, Kepong

Tiada ulasan:

Catat Komen