Menjijikkan apabila ada golongan remaja masa kini ibarat gila seks apabila mereka dengan selamba mewujudkan beberapa akaun yang memuatkan gambar-gambar lucah membabitkan wanita tempatan atau warga asing menerusi laman sosial Facebook.
Tinjauan mendapati sekurang-kurangnya terdapat 15 akaun sedemikian telah diwujudkan dan telah menarik minat lebih 1,000 pelayar Internet yang rata-ratanya remaja untuk menjadi pengikut.
Kesan perbuatan itu bukan sahaja bakal melahirkan remaja yang rosak akhlak malah bakal menjadikan laman sosial yang popular pada masa kini medan untuk menyiarkan gambar-gambar yang mengaibkan.
Difahamkan, pengguna Internet yang ingin menjadi pengikut hanya perlu menekan butang like (suka) pada papan pemuka akaun tersebut sebelum diterima masuk oleh pereka laman seks tersebut.
Lebih memalukan, sebaik diterima masuk tanpa disedari segala aktiviti mereka berkaitan akaun itu akan dipaparkan di dinding Facebook masing-masing dan semua gambar-gambar tidak senonoh itu turut boleh dilihat oleh rakan-rakan lain.
Keadaan yang berlaku itu dilihat sangat membimbangkan kerana ia merupakan punca kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi muda masa kini.
Lambakan laman-laman web yang wujud itu boleh mempengaruhi minda terutamanya golongan remaja yang semakin meminati laman sosial berkenaan pada masa kini.
Assalammualaikum....
BalasPadamBlog Tuan saya dah linkkan di Blog Sahabat-Gunung. Salam perjuangan dan salam persahabatan dari SG
kalau sudi, linkkan juga blog Sahabat-Gunung di blog Tuan
BalasPadam