Jumaat, 5 Ogos 2011

GEMPAR - PAHANG KALAH PRU13 JIKA MB TAK BERANI UBAH

YB Dato Sri Diraja Hj Adnan Yaakob, MB Pahang yang di kasihi.
Semakin hari semakin hampir kita dengan PRU 13, makin gelisah kami di peringkat penyokong marhain ini. Apa tah lagi apabila UMNO dilihat semakin goyah di Pahang. Berbagai persoalan timbul difikiran kami.

Adakah UMNO mampu memerintah Pahang lagi?
Jawapan yang bermain di kedai-kedai kopi selepas Tarawikh ialah ya dan tidak. Ini bergantung kepada keadaan setempat. Di Jerantut, ada 3 DUN yang kini BN adalah penerajunya. Nampaknya ketiga-tiga DUN ini goyah kerana sebab-sebab tersendiri.

DUN Damak bergantung penuh kepada siapa calon yang bertanding, calon lama atau muka baru. Dari parti mana, siapa? Pengundi Damak tidak pilih parti sangat, mereka dikalangan orang-orang pekan Jerantut yang cenderong kepada calon dari bangsa apa. Kampung tradisional akan pilih parti jika calonnya dari MCA vs DAP, tapi di bandar tidak. Jika ada orang Melayu yang bertanding, dari mana pun hatta Bebas sekali pun, mereka pilih Melayu. Pengundi cina berpecah dan nyata cina mirip DAP kali ini. MCA nampak kecil di Jerantut jika ada calon bebas dari kalangan orang Melayu. Jadi, kecelaruan in membolehkan BN kalah.

DUN Tahan juga bermasalah. Dato Wan Amizan adalah YB yang suka melayan pengundi disini dan tak mampu ditiru oleh calon lain. Tetapi YB Dato Wan Amizan sejak akhir-akhir ini ada masalah disesetengah tempat yang masih belum reda terutama isu tanah. DUN Tahan dulu seperti telur di hujung tanduk, kini amat merbahaya. Jadi belum tentu BN boleh menang di Dun Tahan.

DUN P.Tawar nampak zahirnya boleh menang, tetapi masalah ADUN yang terlalu lama yang tidak menampakkan apa-apa perubahan di DUN P.Tawar juga amat bermasalah. Banyak janji-janji yang dibuat semasa pilihanraya dulu-dulu tidak dilaksanakan. Penglibatan beliau dalam syarikat pemaju perumahan dan bandar baru dan agihan tanah kepada kroni-kroni menimbulkan masalah dalam pilihanraya nanti. Beliau yang berminat dan telah membuka Hospital, agak sibuk dengan bisnesnya hingga jarang berada di kawasan nampak telah bersedia untuk mengundurkan diri untuk PRU13. Dan sekiranya calon baru yang bertanding di Dun P.Tawar, BN boleh menang.

Jadi, kalau berginilah keadaannya, susah hati kami penyokong BN untuk membantu kemenangan PRU13. Faktor penentu nampaknya adalah calon. Terserahlah kepada kebijaksanaan MB dalam menentukan calon yang boleh menang dan disukai oleh ramai pengundi. Kali ini, kroni, lobi-melobi,  A atau B dah tidak boleh diguna pakai lagi. Tambahan pula, campurtangan "tangan-tangan ghaib" boleh menyebabkan BN tewas dan Pahang boleh jadi seperti Selangor. Wallahwaklam.

1 ulasan: