Ahad, 21 Ogos 2011

TAN SRI KOH TSU KOON MENGAMUK


Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bersedia untuk ”berperang” dengan pihak tertentu sekiranya mereka terus mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu terutama di Pulau Pinang.

Beliau berkata, pihak berkenaan di dalam dan luar parti itu yang membidas kepimpinannya adalah mereka yang tidak berpuas hati, sering membantah serta melakukan tindakan yang mencemarkan nama baiknya.

“Tunggulah kalau ada serangan lagi kita akan mempertimbangkan strategi (melawan semula) dan melaksanakan strategi itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan negeri Perak, di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan