Rabu, 14 September 2011

ISU JAIS - LAPURAN SIAP ATAU DAH DI BAWA KE JERMAN?

Siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan yang dijalankan penguatkuasanya ke atas Gereja Methodist di Damansara Utama awal Ogos lalu kini siap dan akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Perkara itu diumumkan Pengarah JAIS, Marzuki Hussein dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, JAIS kini menunggu masa sesuai untuk menemui Khalid bagi menyerahkan laporan lengkap berkenaan.
"Laporan kita sudah siap, tunggu dipanggil Menteri Besar apabila beliau balik dari Jerman," katanya. 

JAIS pada 3 Ogos lalu menjalankan pemeriksa gereja di Damansara Utama selepas mendapat maklumat ada usaha cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan