Sabtu, 3 September 2011

SEDAP JADI YB, SENANG-SENANG NAK BAGI PADA ORANG LAIN, BOHONGLAH.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam menegaskan bahawa kesihatan beliau berada dalam keadaan baik dan beliau mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus pentadbiran negeri dengan sempurna.

“Nak ada pemangku buat apa? Ni dah keluar (hospital) dan semua sihat dah,” kata beliau mengulas laporan akhbar kelmarin yang menyatakan kepimpinan Pas sedang mengambil tindakan untuk menggantikannya disebabkan keadaan kesihatan Azizan yang kurang baik selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

Menurut laporan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan akan menghadap Sultan Kedah berhubung peralihan kepimpinan kerajaan negeri itu.

Azizan berkata, sekiranya kepimpinan Pas ingin berbuat demikian, ia seharusnya dilakukan sewaktu beliau mula- mula jatuh sakit dahulu dan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan bukannya sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan