Jumaat, 11 November 2011

DATO WAN AMIZAN AKAN BAGI PENYAPU KEPADA KETUA CAWANGAN, NAK JADI MACAM DATOK KHIR TOYO?


JERANTUT 10 Nov. - Sikap menagih wang tanpa berusaha mencari dana sendiri untuk menganjurkan program tertentu boleh mencalarkan kredibiliti UMNO dan memberi kesan negatif kepada masyarakat setempat.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, sikap segelintir ketua cawangan yang kerap berbuat demikian dengan meminta daripada pejabat Ahli Parlimen Jerantut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan ini perlu dihentikan.
Menurut beliau, penganjuran kegiatan tersebut boleh dilestarikan tanpa mencairkan banyak wang dan menghabiskan masa. Kebijaksanaan ketua-ketua cawangan dengan menjalinkan kerjasama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah salah satu cara bagi mencari dana sendiri.
''Sepatutnya, ahli UMNO cuba menghindarkan menggunakan lokasi dan logistik baharu yang boleh melibatkan wang yang banyak untuk pengurusan perhimpunan dan menggerakkan program tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan van Skuad Sayang Wanita UMNO di sini baru-baru ini.

Wan Amizan yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, para ahli wajar mengembalikan semangat bergotong-royong dalam melaksanakan apa juga pengurusan program kemasyarakatan tanpa memerlukan pengeluaran wang yang banyak.
Beliau juga berasa pelik kerana ada segelintir ketua cawangan kerap menagih peruntukan daripada pejabat Parlimen dan DUN Barisan Nasional (BN) jika ingin melaksanakan sesuatu kegiatan itu terutama membabitkan pemimpin turun padang.
''Bukan kita kedekut atau tidak suka dengan kegiatan tersebut, tetapi peruntukan wakil rakyat juga perlu berhemah, khususnya keutamaan terhadap bantuan membabitkan kebajikan golongan miskin, bencana alam dan pengurusan tertentu," katanya.
Beliau meminta ketua cawangan lebih bijaksana untuk melaksanakan program tertentu yang boleh menyatupadukan masyarakat setempat dengan lebih kukuh.
Katanya, bagi cawangan UMNO yang mengalami kesulitan untuk mendapatkan dana, pihaknya akan berusaha mencari alternatif dan sumber kewangan bagi memastikan mereka dapat menjalankan aktiviti dengan lancar.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0bxziw2OC0mA9pZmX_xOJ337CbANMgTXuni2ZbqVeV2hX_7X1aJ5fEpqMBv1EmZ_uLhFC4WPyyDgFKD_zjXo0DXTpKtp7eGgs24s3TqOBLNaFkci74GaLQ-_WqxofK-f-9iiU4GdaKGA/s320/36Dato'%2520Wan%2520Amizan_Tahan.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan