Ahad, 20 November 2011

UST. PAS DARI PAHANG DI TANGKAP KHALWAT?

INI LAH TOK GURUNYA

Seorang ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.

Ketika pemeriksaan,  guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah putih.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut dipercayai penyokong kuat Pas.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang.


YANG INI MAHAGURUNYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan