Ahad, 31 Julai 2011

SIAPAKAH MENJADI ORANG PERTAMA DITANGKAP TAK BERPUASA TAHUN INI?

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Sabtu, 30 Julai 2011

SELAMAT BERPUASA DAN MENGERJAKAN UMRAH KEPADA DATO WAN AMIZAN DAN ROMBONGAN


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH DATO WAN AMIZAN. SEMOGA SIHAT DAN DAPAT MENGERJAKAN IBADAH DENGAN BAIK DAN MENDAPAT CAHAYA PETUNJUK DAN KEREDAAN NYA.

BEGITU JUGA ROMBONGAN YANG TERLEBIH DAHULU PERGI KE MEKAH, SELAMAT BERIBADAH DAN SELAMAT PULANG. SEMOGA MENDAPAT PETUNJUK DARI NYA.

Jumaat, 29 Julai 2011

MB PAHANG AKAN CAKAP SERBA BIKIN ATAU ADA MB LAIN LEPAS INI?

Kerajaan Negeri memandang serius setiap aduan rakyat dan akan mengambil langkah penyelesaian dalam usaha menjaga kebajikan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, setiap aduan akan diteliti dengan sewajarnya demi kepentingan semua pihak.

Menurutnya, sejak mengadakan lawatan ke beberapa daerah di negeri ini, masalah yang sama diadukan rakyat iaitu berkaitan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, memohon hak milik tanah serta kebajikan lain.

“Pertemuan dan sesi dialog bersama penduduk yang turut disertai wakil rakyat, pegawai daerah dan Setiausaha Kerajaan Negeri membolehkan masalah yang diadukan ditangani mengikut saluran yang ada.

“Dengan turun mendekati rakyat begini juga membolehkan Kerajaan Negeri mengetahui permasalahan rakyat secara terus, seterusnya mengambil tindakan dengan kerjasama wakil rakyat dan agensi kerajaan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjumpaan dengan ketua kampung, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen parti Barisan Nasional di Dewan Majlis Daerah, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail; Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Mohamad Roslan Harun; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee dan ADUN PulauTawar, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail.

Sementara itu, Adnan berkata, ketua jabatan peringkat negeri dan daerah tetap berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan segera sesuatu projek mengikut jadual walaupun berhadapan sedikit kelewatan peruntukan.

“Jika berlaku sedikit kelewatan bukan bermakna Kerajaan Negeri ‘terlepas pandang’ terhadap kebajikan penduduk, tetapi pelaksanaan sesebuah projek mengikut keutamaan di sesebuah tempat termasuk kajian peruntukan.

“Sebagai contoh, pertemuan dengan penduduk kali ini turut menyelesaikan masalah jalan Jerantut ke Benta yang sering diadukan penduduk selama ini. Walaupun berlaku kelewatan sebelum ini, namun Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sudah memaklumkan akan mengeluarkan tender untuk menyiapkan projek berkenaan tidak lama lagi,’” katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang menangguk di air keruh dengan menggunakan pelbagai isu bagi meraih perhatian.

“Pembangkang memainkan pelbagai isu untuk memancing undi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Justeru, rakyat tidak perlu mudah percaya dengan dakyah mereka yang memanipulasi pelbagai perkara untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Selasa, 26 Julai 2011

APA YANG MB PATUT LAKUKAN DI JERANTUT

MB Pahang akan datang ke Jerantut dalam sesi jelajah Pahang yang telah lama tidak dilakukan. Mungkin banyak perkara yang akan dijelaskan oleh MB kali ini,
Antara persoalan pokok yang akan dinanti oleh orang Jerantut ialah betulkah MB telah mengikut telunjuk jutawan Cina yang bergelar TS hingga semua tanah dalam bandar telah dimiliki oleh TS atas dasar projek bersilang.
Mampukah Pahang mengekalkan BN di PRU 13 dengan calon yang berbagai masalah?
Ada yang mampu bayar hutang yang berjuta-juta ringgit.
Ada yang dapat undi tak percaya.
Ada yang terlalu lama jadi YB.
Yang paling penting ialah agihan tanah untuk rakyat tidak di bagi sama rata atau kepada yang hak. Kroni juga yang dapat. Orang pejabat tanah juga yang bolot semuanya. Penghulu juga yang dapat setiap kali ada tanah untuk orang ramai.
Saham Felcera juga untuk mereka. Projek kontrak juga untuk mereka. Peruntukan YB juga mereka punya.
Habis apa yang pengundi dapat?
Jangan salahkan pemimpin kampung macam kami ini kalau BN kalah nanti. Jangan kata tak bagi tau ya, dah bagi tau ni. Tapi kalau degil juga terimalah hukumannya.
Kalau MB takut nak buat perubahan, rakyat berani. Maaf kami sayang UMNO tapi ada batasnya......
Apa yang MB buat untuk Pahang selama jadi MB?

Isnin, 25 Julai 2011

KHAS BUAT YBM TAN SRI TENGKU AZLAN, MP JERANTUT

YBM Tengku,
Kami amat berbesar hati atas pengorbanan yang YBM Tengku buat untuk tidak bertanding PRU 13. Satu keputusan yang jarang di buat oleh pemimpin masa ini.

Kami akur dan berterima kasih atas sumbangan yang YBM Tengku curahkan selama ini. Segala jasa dan pengorbanan YBM Tengku tidak kami lupakan dan berharap YBM Tengku menjadi contoh kepada pemimpin masa kini.

YBM Tengku tidak tamak kuasa, berpandangan jauh dan tidak terikut-ikut dengan desakan orang-orang yang berkepentingan yang membuat kenyataan akhbar untuk mendesak YBM Tengku terus bertanding dalam PRU 13. Nampak mereka ada udang di sebalik batu. Mereka ini lah perosak UMNO Jerantut yang menjadi beban kepada YBM Tengku dalam mentadbir UMNO Jerantut. Seharusnya pucuk pimpinan tidak melayan orang sebegini dari menjadi calon PRU 13.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBM Tengku atas keputusan tegas dan bijaksana yang dibuat dan diharap YBM Tengku mendapat keredaan Ilahi, Amin.

Khamis, 14 Julai 2011

TAHNIAH UMNO JERANTUT

Setinggi-tinggi tahniah kepeda UMNO Jerantut kerana telah berjaya mengadakan Majlis Taklimat Pilihanraya Umum. Langkah persediaan awal ini perlu bagi UMNO untuk mengekalkan kerusi yang disandangnya.
PR nampak kecut perut bila UMNO mengadakan majlis sebegini.
Di Kg Sg Kiol juga ada majlis bersama penduduk orang asli disana. Nampaknya kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan BN dalam mendekati rakyat amat berkesan bagi menghadapi PRU akan datang.
Ada YB hadir ke? Rugilah kalau tak bersama-sama program ini.
Tapi, kalau dah tau nak berhenti, tak apalah!!!

Khamis, 7 Julai 2011

Salam Perjuangan

Salam. 

Blog ini dihasilkan bertujuan untuk menghubungkan di antara rakyat dan pemimpin. Saya menyeru kepada semua pembaca memberi pandangan , teguran , cadangan , aduan , nasihat dan lain lain mengenai pemimpin di segenap lapisan agar suara rakyat dapat didengar dan diberi perhatian sewajarnya. 

Blog ini juga mengalu-alukan pemimpin-pemimpin memberi pandangan , nasihat, dan jawapan yang boleh menjadi panduan serta menjawab isu-isu yang diketengahkan .

Diharapkan dengan adanya blog ini interaksi antara pemimpin dengan rakyat dapat menyelesaikan banyak perkara dan merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat. Emel-emel yang dihantar oleh pembaca akan dipilih untuk diterbitkan dalam blog ini. Sebarang pendapat pembaca boleh lh diemelkan kepada : suratuntukpemimpin@yahoo.com 
Sekian.