Ahad, 15 Julai 2012

BAHAGIAN BERMASALAH - MUHYIDDIN AKAN JUMPA KU LAN, JERANTUT

 Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan bahagian UMNO yang bermasalah pada Ramadan ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata jumlah bahagian yang bermasalah tidak banyak, dan berharap sesi pertemuan itu kelak dapat diguna dengan sebaik mungkin untuk memperingatkan semua anggota parti peri pentingnya mengelak perkara yang boleh melemahkan parti.
Beliau berkata sekiranya terdapat masalah di mana-mana bahagian, semua pihak dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi perlu bersama-sama mencari penyelesaian bagi memastikan ia dapat diselesaikan secara baik.
Ini sekali gus memastikan kemenangan parti pada pilihan raya umum akan datang, katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, berkata beliau sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang “saya mahu memanggil mana-mana bahagian bermasalah dan duduk berbincang dan bercakap terus terang."

SUP - ADAKAH MUHYIDDIN AKAN JUMPA TENGKU AZLAN????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan