Selasa, 9 Ogos 2011

ANUAR KECUT PERUT BILA DENGAR ADA SAKSI BARU?

Dan bertambah-tambah teman pelik kenapa teman sendiri dan rakan-rakan lain tidak dipanggil sebagai saksi? Contohnya:

1. Rahimi - beliau adalah pegawai khas di pejabat Anwar di Seksyen 16 Petaling Jaya semasa kejadian berlaku. Rahimi yang rekemen Saiful bekerja di pejabat Anwar. Rahimi telah membuat lapuran polis yang beliau disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk mengaitkan YAB PM dalam kes liwat tersebut. Mengapa Anwar tidak memanggil Rahimi sebagai saksi?

2. Rasid - juga seorang lagi pembantu Anwar. Rasid juga telah membuat lapuran polis beliau disuruh buat Surat Akuan Sumpah palsu berkaitan kes liwat terhadap Saiful ini. Kenapa Anwar tidak memanggil Rasid, rakan banduan penjara Sg. Buloh bersama dengan Anwar dahulu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Rasid sebagai saksi?

3. YB Senator Ezam Mohd. Nor - bekas Ketua Pemuda PKR, mantan panglima kanan Anwar. Saiful berjumpa dengan Ezam menceritakan bagaimana dia diliwat oleh Anwar. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Ezam sebagai saksi?

4. Wan Azizah - isteri Anwar dan Presiden pepatung PKR. Beliau boleh memberi keterangan apa jadi dengan Anwar pada hari kejadian, dan hari Saiful buat repot polis. Wan Azizah juga boleh ceritakan apa bukti beliau ada untuk buat kenyataan Anwar perlu menyorok di Kedutaan Turki kerana konon ada sniper assasin nak tembak Anwar. Mungkin Wan Azizah boleh perkuatkan keterangan sambil memakai jam Omega sekali! Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Wan Azizah sebagai saksi?

5. Anuar Saari - bekas pegawai khas Anwar. Beliau boleh berikan keterangan mengenai pengalaman "ngeri" yang beliau lalui bersama Anwar. Apa pengalaman "ngeri" itu teman tak boleh nak cerita yop, elok Anuar dedahkan bila dipanggil sebagai saksi dalam Mahkamah. Sure menggemparkan negara dan dunia kalau mendengar "pengalaman ngeri" Anuar Saari. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Anuar Saari sebagai saksi?

6. YB Wee Choo Keong - Ahli Parlimen Wangsa Maju, juga seorang loyer. Beliau boleh ceritakan bagaimana beliau dipanggil untuk menjadi saksi untuk surat akuan sumpah Rahimi, kebetulan pada masa itu YB Wee adalah Pesuruhjaya Sumpah. YB Wee boleh ceritakan mengenai surat Akuan Sumpah yang Rahimi dakwa palsu itu. Kebetulan YB Wee masih menyimpan salinan asal surat Akuan Sumpah itu yang disangka hilang oleh "sesetengah pihak". Tengok apa akan jadi kalau YB Wee datang ke Mahkamah beri keterangan dan mengemukakan surat Akuan Sumpah itu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Wee sebagai saksi?

Teman juga mahu bertanya, mengapa Anwar tidak mahu panggil teman sebagai saksi? Teman bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke Mahkamah memberi keterangan. Dan bila dipanggil nanti, teman akan beritahu Mahkamah perkara berikut:  KLIK SINI UNTUK SETERUSNYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan