Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda  Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak mengingatkan peneroka Felda  supaya mempertahankan tanah ladang masing-masing dengan tidak  menjualkannya kepada pihak luar.  
Beliau berkata, tanah yang dikurniakan kerajaan seluas empat hektar itu perlu dijaga sebagai aset paling berharga.  
Menurutnya, peneroka tidak sewajarnya mengambil jalan pintas  untuk mendapat kesenangan mudah dengan menjual tanah tersebut kepada  pihak lain.  
“Tanah Felda adalah aset yang amat berharga.   
“Ada peneroka mahu menjual tanah ladangnya tetapi Kerajaan Negeri  berjaya menghalangnya melainkan jika berlaku pertukaran nama kepada  waris terdekat seperti isteri dan anak-anak,” katanya 
Tan Mohd Aminuddin berkata, tanah yang terlepas ke tangan orang lain tidak akan berganti lagi.  
Menurutnya, Kerajaan Ngeri membenarkan tanah di negeri ini dibangunkan  Felda dengan keluasan 187,645 hektar membabitkan Wilayah Kuantan,  Wilayah Jengka dan Wilayah Mempaga dengan bilangan keluarga seramai  43,137 orang.  
“Bilangan keluarga peneroka berasal dari Pahang adalah yang teramai  iaitu 14,112 orang atau 32.7 peratus berbanding keseluruhan peneroka  Felda di negeri ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan