Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin  Baharom mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna  kuning tahun ini.
Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning untuk raya tahun ini.
"Jangan lupa juga kita buat pulut kuning," kata Badrul ketika memberikan  tazkirah Ramadhan di sebuah surau dekat sini sebaik sahaja selepas  solat tarawih, malam tadi.
Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut  lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil.
Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja  kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang di-Pertuan  Agong.
Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily  tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun  ini.
Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan