Jumaat, 19 Ogos 2011

TERKINI - NAJIB UMUM PILIHANRAYA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa saja dan tidak terikat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.

"Pilihan raya tetap akan dijalankan tanpa terikat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.
" Umno juga menyokong penubuhan sebagai langkah menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul sebarang syak wasangka pada masa depan.
"Tiada apa yang perlu dilindugi dalam proses pemilihan pilihanraya kerana jawatankuasa ini bukan saja dianggotai parti pemerintah malah turut disertai parti pembangkang juga," katanya dalam sidang media Mesyuarat Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan