Isnin, 29 Ogos 2011

MB PAHANG BUAT SALAH


KUANTAN - YAB Menteri Besar Pahang mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh rakyat Negeri Pahang khususnya.

Beliau turut mengambil kesempatan memohon maaf bagi pihak Kerajaan Negeri sekiranya ada membuat salah dan silap sepanjang berkhidmat untuk masyarakat.

Segala salah dan silap itu diharap dapat diperbetulkan di masa akan datang demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan juga turut mengingatkan kepada rakyat agar sama - sama menghargai keamanan dan keharmonian yang dikecapi Negara pada ketika ini.

Juga turut diingatkan agar rakyat tidak berbelanja secara membazir sempena sambutan hari raya yang bakal menjelang.

Selain itu, YAB Menteri Besar juga turut menyeru agar seluruh rakyat Negeri Pahang mengingati ulang tahun Kemerdekaan Negara yang bakal disambut secara bersama menjelang Aidilfitri nanti.

1 ulasan:

  1. Kami sentiasa menyokong kepinpinan D S Adnan walau pun macam cerita karut marut ada yg kata macam gangster..memang patut belagak gangster dengan puak2 haprak ni maki muka mereka baru mereka sedar diri..

    BalasPadam