Isnin, 1 Ogos 2011

MAHFUZ ARAH JANGAN BUBAR PARLIMEN - DAH GILA KUASA AGAKNYA

Parlimen tidak sewajarnya dibubarkan selagi kepincangan yang wujud di dalam proses pilihan raya tidak diatasi sepenuhnya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, berikutan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai lalu, semakin banyak kepincangan dalam proses pilihan raya yang terdedah.

Menurutnya, situasi itu membuktikan bahawa dakwaan Bersih 2.0 mengenai kepincangan dalam pilihan raya adalah benar dan ia turut diakui Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Disebabkan SPR sendiri mengakui (wujudnya kepincangan), saya ingin meminta pilihan raya tidak diadakan dan Parlimen tidak boleh dibubarkan selagi semua (kepincangan) proses ini tidak diatasi.

“Maknanya, kita mahu pilihan raya umum akan datang adalah pilihan raya yang betul-betul demokratik,” katanya kepada Sinar Harian, sewaktu menghadiri majlis pertemuan dengan masyarakat di kawasan Pokok Sena, malam kelmarin.

Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau bersependapat dengan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang menyatakan tuntutan Bersih 2.0 bukan bertujuan melihat parti mana yang menang.

“Yang penting kemenangan itu adalah benar-benar telus, bersih dan demokrasi, demi kepentingan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan