JERANTUT 2 Ogos - Rakyat digesa menolak segala dakyah dan usaha yang  cuba dilakukan pihak tertentu untuk merosakkan perpaduan kaum yang  dinikmati selama ini.
Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar  berkata, rakyat perlu menghayati pengorbanan dan jasa pemimpin terdahulu  yang merancang pelbagai pembangunan negara sehingga disegani dunia.
Beliau berkata, usaha bersungguh-sungguh pemimpin sebelum dan pasca  merdeka membolehkan pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh sehingga  berjaya mengubah kehidupan penduduk termasuk di luar bandar.
''Pemimpin terdahulu menyediakan segala kemudahan serta peluang dalam  bidang ekonomi dan pendidikan. Kita perlu sedar dan menghargai usaha  pemimpin terbabit sehingga negara ini maju seiring dengan negara lain,"  katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan