Jumaat, 9 Mac 2012

GEMPAR - DS NAJIB BERTANDING DI JERANTUT


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgmAMasRwVYhibZinrf81i0E4YjBlzE_RGVK89TejWh0m5jcX2bW6WWhRw-JS3KdI5VRcsgSNQDVTviT6T8YQyOoatJJY-TbLLZM9JPSDYECKu4xDyzXURrs5zb60M5NBdeGnfOilWo97c/s1600/jerantut.jpg
JERANTUT, 9 Mac – UMNO Jerantut menyerahkan kepada Badan Perhubungan UMNO Pahang berhubung hasrat Anggota Parlimen Jerantut Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang mahu berundur pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Timbalan Ketua UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak juga meminta semua pihak terutamanya di bahagian berkenaan, agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hasrat Tengku Azlan itu.
“Selama tiga penggal sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Tengku Azlan merupakan pemimpin yang cukup berjasa terhadap UMNO di sini.
“UMNO di sini menganggap beliau sebagai tokoh perpaduan setelah mengambil ahli tugas sebagai Ketua UMNO di sini yang berupaya menjernihkan kembali hubungan di kalangan ahli UMNO yang pernah berpecah dan berpuak-puak sebelum ini,” katanya di sini.
Tengku Azlan merupakan Anggota Parlimen Jerantut sejak tiga penggal lepas dan pada pilihan raya umum 2008 beliau berjaya mengekalkan kerusi itu selepas menewaskan calon Pas, Dr Hamzah Jaaffar dengan majoriti 1,946 undi.
Tengku Azlan sebelum ini pernah beberapa kali melahirkan hasratnya untuk tidak lagi bertanding di kerusi Parlimen Jerantut dan terbaharu dua hari lepas.
Tengku Azlan, 62, dilapor berkata beliau mahu bersara daripada arena politik dan memberi perhatian terhadap tugas kemasyarakatan dan badan-badan kebajikan.
Wan Amizan yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut turut meminta semua pihak bersatu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, dan tidak terjejas dengan sebarang keputusan yang dibuat UMNO Pahang berhubung perkara itu.
“Saya berharap anggota UMNO di semua peringkat di sini bertenang dan terus menumpukan kegiatan atau program seperti biasa, iaitu proaktif dengan gerak gempur jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Jentera gerak gempur menghadapi pilihan raya umum ke-13 sudah lama bergerak aktif dan kini  giat memfokus penambahan anggota UMNO khususnya meyakinkan pengundi muda di kawasan Parlimen Jerantut,” katanya.
SUP - PAYAH-PAYAH SANGAT, NAJIB JADI MP JERANTUT, LAGI SELAMAT.

1 ulasan: