Isnin, 12 Mac 2012

PAKATAN AKAN KATA - PAHANG MEMBAZIR @ PAHANG TAK SELAMAT UNTUK SUKMA KERANA LYNAS?


KUALA LUMPUR - Pahang, penganjur Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, sudah membelanjakan RM280 juta bagi pembangunan dan persediaan venue pertandingan untuk temasya itu yang bakal berlangsung di negeri itu dari 7 hingga 16 Julai depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Sukma Pahang Ahmad Hairi Hussain berkata, hari ini venue pertandingan kini 65 peratus siap selain venue bagi sukan menembak, renang dan ekuestrian pada tahap 50 peratus.  
"Kami tidak menjangka kelewatan persiapan venue dan yakin menjelang Mei ini, kesemua gelanggang pertandingan akan siap sepenuhnya mengikut jadual," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma di sini.
Ahmad Hairi berkata Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) akan dijadikan sebagai perkampungan atlet bagi Sukma 2012 itu bersama 13 tempat penginapan di sekitar Pahang.
"Bagi penginapan atlet, kami telah memutuskan bahawa jarak tempat penginapan dengan venue pertandingan tidak akan melebihi 20 minit perjalanan," katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, 24 acara sukan akan dipertandingkan di Sukma itu dengan 382 pingat emas, 382 perak, dan 455 gangsa ditawarkan.
peserta renang berirama yang diminati ramai

2 ulasan:

  1. http://helangbuana.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

    BalasPadam